Sunday 30 December 2012

iLham @ aZaM 2013

aku belari.... dan belari.....
mengejar dan mengejar... tanpa sedar kini berdiri pada tahun bru yang penuh dgn impian dan angan2.. spe taw kann..kann.. ada yang memberi kita kebahagian pd tahun 2013 nti..
keizinan NYA aku menerima apa saja jalan yang liku.. tetapi kecapaian 2012 ak telah brjaya dan banyak menyimpan kenagan serta ilmu.. begitu juga pd tahun2 yg lepas,, ****

kini selangkah lagi utk bediri pd tahun 2013,, ingin mencapai cita2,,, impian dan kejayaan..
segala urusan dapat dipermudahakn..

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

" Ya Allah tidak ada kemudahan kecuali sesuatu Yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki "

Setiap perjalanan hidup manusia di muka bumi telah Allah tentukan. Dia lah Tuhan Yang Maha Agung & Maha Adil kepada setiap hambanNya.. Setiap manusia ada bahagianya masing2. Ada yang berada di atas dan ada di bawah, ada juga dianugerahkan perasaan gembira dan ada juga yang sentiasa berduka.

Setiap ujian yang Allah berikan, perlu ditempuhi dgn sabar utk membuktikan sejauh mana keimanan seseorg itu sebagai hambaNya. Ternyata manusia bersifat lemah!! Oleh itu, kita dituntut supaya berdoa agar setiap urusan atau ujian sentiasa sipermudahkan Allahh.. AMINnn....
(\__/)
(♥‿♥)
(“)_(“) [τ̲̅н̲̅a̲̅и̲̅κ̲̅ ч̲̅o̲̅u̲̅]



بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ ﴿١﴾ الحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ العٰلَمينَ ﴿٢﴾ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ ﴿٣﴾ مٰلِكِ يَومِ الدّينِ ﴿٤﴾ إِيّاكَ نَعبُدُ وَإِيّاكَ نَستَعينُ ﴿٥﴾ اهدِنَا الصِّرٰطَ المُستَقيمَ ﴿٦﴾ صِرٰطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم وَلَا الضّالّينَ

Ya Allah Ya tuhan kuu.. ku pohon doa pada Mu.. Agar kau permudahkan urusan harianku.. Kau limpahikanLah rezki buat kuu.. Kau berikanLah aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan di alam Mu yang terbentang luas..
Kau kuatkanlah iman ku untuk menempuhi onak duri dan cabaran..
Kau berikanlah kebahagian kepadaku..
Kau jauhkanlah aku dari bisikan syaitan dan iblis..
Kau jauhkanlah aku dari sifat tamak, takbur, sombong serta buruk sangka..
Sesungguhnya hanya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi MenYaYangi..
Amin Amin.. Ya Rabbal Alamin..

SemoGa BerJaya DaLam Hidup.. Bia pUn TidaK SeBrapA kaya Dgn harTa,, TetaPi Bia La kita kaya dGn iLmu..   Ya allah enGkau beri lah aKu keceMerlagan dalam PelajaraN buat ini, Bia pun Masih merangkak.. Tetapi semaGat ku Seprti "mendaki gunung yang tinggi" ..berikan kenikmatan hidup ini dan kegembiraan pd setiap hari... aminn... 

^-^ GoOd LucK IzzaTi HazwAni.. peace (*-*)y

Saturday 22 December 2012

ooO.. bru ku tahuU...

assalamualaikum buat teman2 yg brkongsi cerita...
hari yg penuh brilmu,, mengenali tentang tanah..
mmng dh lme trtunggu2 ilmu ni.. so hrp kekal smpai bila2 di mana kita brpijak di situ langit dijunjung. hahaahaa... :D

<< ASAS PENGURUSAN TANAH>>
dEfiNisi tAnAh
..sebagai bahan semulajadi, trdiri dari bahan Organik dan Mineral hampir meliputi seluruh mukabumi yang mengandungi kehidupan dan menyokong pertumbuhan dan sesetegah tempat yang hidup.

•Tanah mempunyai berbagai-bagai takrifan•Lapisan bumi yang diatas sekali (Kamus Dewan, 1989)•Lapisan atas bumi dimana tanam-tanaman hidup (Oxford Dictionary, 1984).
•Dibezakan mengikut disiplinnya – tanah yang kita kaji (soil) atau sebidang tanah (land).


2 kategori tanah..
> tanah organik _o'o_kandungan bahan organik dan mineral dlm tanah.
                         _o'o_pasir, kelodak dan liat
> tanah mineral  _o'o_tanah brbukit, perubahan & lanar.
                         _o'o_lahar sungai, laut & bukit

O :  original
A :  tanah atas
B :  lapisan tebal
C : tanah bawah original

kEcerUnaN tAnAh
C1>  serata                       : 0-2
C2>  beralun                     : 2-6
C3>  berombak                 : 6-12
C4>  berbukit                    : 12-20
C5>  sngt berbukit             : 20-26

JeNis haKisan Yg kerap belaKu

>   Hakisan Percik
>   Hakisan Serata
>   Hakisan Alur
>   Hakisan Gaung
>   Hakisan Tebing 
>   Tanah Runtuh





PeMuLihAn taNah terHakiS (jenis tanaman)

Melalui pelindungan permukaan tanah dari kesan taburan hujan

> tanaman penutup bumi
> jalur rumput (grass strips)
> tanam vegetatif seperti menanam pokok dan rumput di     
   tebing gaung.

gambar contoh bg penutup bumi terhakis >>>

perkongsian maklumat tidak bnyak, hanya ingin mengingatkan pada dri sy jgk.. bab kira mengira utk keseluruhan pelajaran hanya boleh kongsi formula bg mndapatkan keseluruhan purata hujan.


Faktor hakisan tanah
A - purata hakisan & kelebatan hujan
R - faktor hujan
K - faktor tanah
LS- faktor kecerunan & pnjang cerun
C - faktor sistem tanaman
P - faktor pemuliharaan tanah.

R     = (9.28 (p) - 8838.15)
                 100

OC  = (0.49 x 6) + (1.53 x 19)
                       25
OM = 1.28 x 1.72
        = 2.20

M    = (silt + very f sand) (100 - clay)

V    = tan x H

H    = v/ tan

T    = v/ H
         
PeRalaTan yg diGunAkan siAsatAn  taNah

> Auger                    > GPS
> tali rantai                > kompas klinommeter
> buku warna            > buku
> peta topo

jEniS pEnyiasaTAn tAnaH

siasatan  tinjau kasar
siasatan tnh spara lengkap
siasatan tnh lengkap 
siasatan tnh pengesahan tanaman 

PerKara utk mEngeNali Siri tAnah

>  bahan induk       >  sifat peologi
>  tekstur tanah      >   rupa bumi tanah
>  warna tanah       >   saliran tanah 


RUMUSAN :

Amalan agronomi dan perlindungan tanah secara vegetatif nerupakan tindakan pemuliharaan yang kos efektif, mudah dilaksanakan dan sangat “compatible” dengan landskap kawasan pertanian. Oleh itu, amalan-amalan pemuliharaan ini harus dirancangkan sebagai komponen yang wajib dalam penubuhan ladang.





22.12.2012 " final test" tanah,, semua nye jwb gn sempurna.. aminn.. kikikikiii.. lawak2 tngk gelagat kwn2 smua menjawab td... good job smua caya la bbEEbbb...

tooo be a continue okk.... next stories heheheee :D :D

Saturday 4 August 2012

ade kah dia kwn TERBAIK saya???

Di mula kn dgn bismillah,, dia akhiri dhn alhmdulillah..
ADe kah dia kwn 'trbaik sy'???

Sy tunggu dn trus mnunggu,, ape yg ingin dia buktikan kpda sy n blh kah mnyakinkan sy.
sebagai kwn,, tunjuk kn tindak bls respon yg hrus ditonjol kn,,
dia suke trsnyum,,
dia suke kucing,,
dia suke gelak,,
dia suke mkn,,
dan sllu dia skit,,
sy sebgai kwn ade rs risau,ingin tahu knpa dn bgaimana yea trjdi.
insyallah nti ade pnyelesaian nye moga2 dia sllu gembira n trsnyum itu buat dia bhgia..
wasalammm,,

Saturday 17 December 2011

FERTIGASI

**sELaMaT DaTaNG**
Asalamualaikum kepada semua yang masuk laman ini, di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tanaman fertigasi dengan u all~ (ejaty)

Tanaman fertigasi di bawah

rumah pengairan, sistem air baja terus
   Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok 
   Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit 
   Mengatasi masalah bawaan tanah   
   Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik 
   Penggunaan baja yang cekap dan jimat
   Mengurangkan penggunaan racun
   Modal pusingan yang rendah
   Meningkatkan hasil pengeluaran  
   Masalah merumpai sangat rendah  
                    
CILI BESAR
SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED CILI MERAH
Spesifikasi gred ini meliputi semua varieti dan jenis cili merah tempatan yang dipasarkan.  Cili yang dipasarkan sebagai cili hijau tidak termasuk di dalam sko spesifikasi ini.
Indeks 1:
Tidak matang - Cili berkenaan dipasarkan sebagai cili hijau.  Kulit cili berkenaan berwarna hijau muda.
Indeks 2:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna hijau tua dan berkilat dan dipasarkan sebagai cili merha.
Indeks 3:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan kelihatan berwarna     merah dan hijau (hijau merah).
Indeks 4:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah 
kehitaman (hampir masak) tetapi msih diterima oleh pasaran     di peringkat runcit.
Indeks 5:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah sepenuhnya.
Indeks 6:
Terlalu matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman.

1)     Di Ladang
Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.     Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.  Anggaran hasil   dari kawasan 50 m (400 kaki) persegi ialah 100 - 200 kg.  
·         Cili HIjau
Harga ialah antara RM4.00 ke RM6.00.
Pendapatan (kasar ialah antara RM400.00 ke RM1,200.00.

 
·         Cili Merah
Harga ialah antara RM5.00 ke RM8.00. 

Pendapatan kasar ialah antara RM50.00 ke RM1,600.00
(2)     Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam.  Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.
tapak cili fertigasi terbuka
pokok dalam tumbesaran  
cili yang belum di tuai
warna tomato yang sesuai untuk di tuai
hasil yang di tuai untuk dijual (cili hijau)
tomato yang belum dituai



  







Thursday 6 October 2011

lawatan 3 hari membuat tambah pengetahuan

HARI PERTAMA:
ke klang melawat Syarikat GREEN AGRO WORLD SND.BHD menjalani projek cili besar. Beralamat Green Agro World, No.39, Tingkat 1, Blok B, Menara Klang, Jalan Nenas 41400 Klang, Selangor. Pengalaman menyemai benih cili, dn mempelajari sedikit sebanyak untuk membuka ladang sendiri, Cuba anda semua pergi dan mengambil sedikit sebanyak pengalaman beliau Pn.Dewi Marlina (27 tahun) Pengarah Green Agro World. Peaan pojek jumlah kasar RM70,000..




HARI KEDUA:
kE N.9 (rembau) melawat seorang keusahawanan berpengalaman yang cukup meluas tentang tanaman jagung dan tanaman lain seperti timun susu dan kacang panjang. En.Rosromaizi sebagai pengarah Syarikat JAGUNG REMBAU. Beliau sebenarnya banyak pengorbanan untuk mula mencuburi taman jagung. Beliau penah gagal dalam membuat projek demikian, tetapi beliau usaha tanpa jemu. Akhirnya beliau brjaya, sekarang syarikatnya utamakan jagung lerai untuk membuat jagung cawan(sweet corn). Kami bengamil sedikit dan sebanyak pengalaman dan ilmu untuk membuka syarikat sendri dan mempelbagaikan perniagaan beliau.






HARI KETIGA:

ke MELAKA, melawat TROPICAL FRUIT FARM.  taman mini haiwan, taman mini sayur buah, taman pokok ubat-ubatan, tapak camping.. pelbagai tumbuhan yang kita sendiri tidak tahu apa keperluan tapi sekarang sedikit sebanyak tahu mengenai tanaman2 di MELAKA TROPICAL FRUIT FARM di sungai udang melaka..
AKHIR NYA DISINI PENGKOSIAN CERITA DAN PENGALAMAN SAYA BERSAMA KAWAN2..  

Friday 26 August 2011

tibe hari raya

RESEPI

  • BiSkuT cOKLAt

40gm crisco
140 gm mentega
70gm gula perang
1sudu keil vanila
1 peket chocolate chip
2sudu besar mentega kacang
1 biji telur
170gm tepung gandum
75gm tepung jagung
50gm gula kastor
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk koko
125gm kacang hazel

CaRA MenYEdIAkan:
campur mntega, gula dn vanila. Kacau sehinge sebati. Masukan tepung,kacang dan lain2 bahan sedikit demi sedikit. Gaul sebati. Kemudian bulat2kn dan bakar dalam ketuhar.

about me

Saya diberi nama Nor Izzati Hazwani, berasal dari Kuantan,Pahang.
Skarang saya berumur 20 tahun.Sekarang saya menuntut ilmu di Kuala Lipis, Bidang yang saya telah cuburi di Institut Pertanian adalah bidang tanaman. Hampir 1tahun 8bulan. Jika ingin mengenali saya lebih lagi, jelajahlah facebook saya zty_art91@yahoo.com.