Saturday 17 December 2011

FERTIGASI

**sELaMaT DaTaNG**
Asalamualaikum kepada semua yang masuk laman ini, di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tanaman fertigasi dengan u all~ (ejaty)

Tanaman fertigasi di bawah

rumah pengairan, sistem air baja terus
   Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok 
   Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit 
   Mengatasi masalah bawaan tanah   
   Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik 
   Penggunaan baja yang cekap dan jimat
   Mengurangkan penggunaan racun
   Modal pusingan yang rendah
   Meningkatkan hasil pengeluaran  
   Masalah merumpai sangat rendah  
                    
CILI BESAR
SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED CILI MERAH
Spesifikasi gred ini meliputi semua varieti dan jenis cili merah tempatan yang dipasarkan.  Cili yang dipasarkan sebagai cili hijau tidak termasuk di dalam sko spesifikasi ini.
Indeks 1:
Tidak matang - Cili berkenaan dipasarkan sebagai cili hijau.  Kulit cili berkenaan berwarna hijau muda.
Indeks 2:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna hijau tua dan berkilat dan dipasarkan sebagai cili merha.
Indeks 3:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan kelihatan berwarna     merah dan hijau (hijau merah).
Indeks 4:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah 
kehitaman (hampir masak) tetapi msih diterima oleh pasaran     di peringkat runcit.
Indeks 5:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah sepenuhnya.
Indeks 6:
Terlalu matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman.

1)     Di Ladang
Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.     Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.  Anggaran hasil   dari kawasan 50 m (400 kaki) persegi ialah 100 - 200 kg.  
·         Cili HIjau
Harga ialah antara RM4.00 ke RM6.00.
Pendapatan (kasar ialah antara RM400.00 ke RM1,200.00.

 
·         Cili Merah
Harga ialah antara RM5.00 ke RM8.00. 

Pendapatan kasar ialah antara RM50.00 ke RM1,600.00
(2)     Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam.  Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.
tapak cili fertigasi terbuka
pokok dalam tumbesaran  
cili yang belum di tuai
warna tomato yang sesuai untuk di tuai
hasil yang di tuai untuk dijual (cili hijau)
tomato yang belum dituai



  







No comments:

Post a Comment